Onn Hafiz MB Johor

0
416

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PERSOALAN tentang siapa Menteri Besar Johor yang baharu terjawab apabila Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru kira-kira pukul 3 petang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap itu mengangkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19 selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, Onn Hafiz, 44, yang merupakan anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menewaskan tiga pencabarnya di kerusi DUN Machap dengan majoriti 11,029 undi.

On Hafiz juga merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar serta cucu kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn dipilih selepas UMNO menyerahkan tiga nama kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Semalam, Barisan Nasional (BN) memberikan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Johor iaitu Onn Hafiz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dan ADUN Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here