DUN Kedah, Terengganu, Kelantan tidak akan dibubarkan – Abdul Hadi

0
236

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan dibubar sehingga tamat tempohnya, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ketiga-ketiga negeri itu berada di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Abdul Hadi berkata pendirian itu dibuat bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“PAS mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik,” katanya dalam kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here