Sering berlaku pendarahan, Syatilla alami masalah kehamilan 

0
440

LAIN kandungan, lain ragamnya. Itu juga kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan keadaan isteri kepada pelakon Shaheizy Sam yang mengalamai situasi cemas saat mengandungkan anak ketiga.

Syatilla Melvin mengakui yang dia kini kerap berlaku pendarahan dan itu sebenarnya adalah petanda komplikasi kehamilan yang dialaminya tanpa disedari.

Dia yang kini sedang hamil tujuh bulan disahkan mengalami masalah plasenta previa atau uri bayi berada di bawah rahim.

“Bila buat pemeriksaan, doktor beritahu plasenta previa. Sebab kebelakangan ini asyik alami pendarahan. Jalan banyak, angkat anak, kasar sedikit akan berlaku pendarahan.

“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi anak nombor tiga ini memang pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tidak lalu hendak promosi produk sendiri.

“Sudah berapa lama tidak buat video (content) untuk produk. Bila pegang sahaja produk rasa meremang pening. Tidakkah aneh?” dedahnya.

Disebabkan masalah kehamilan yang sedang dihadapi, dia tidak mempunyai pilihan selain bersalin secara pembedahan.

“Jadi, nombor tiga ini pastilah doktor kena belah perut aku. Baru rancang untuk cuba kelahiran VBAC (kelahiran normal untuk mereka yang pernah melakukan pembedahan caesarean).

“Tidak ada rezeki sungguh. Tidak apalah, apa hendak jadi pada ibu sekalipun jadilah. Janji anak dan ibu selamat sempurna,” tambahnya Syatilla lagi.

Dedah pelakon ini lagi, doktor ada memintanya untuk dimasukkan ke wad ketika usia kandungan 36 minggu bagi menjalani pemantauan menyeluruh.

Namun dia sempat berseloroh mahu beraya terlebih dahulu sebelum ditahan di wad untuk tindakan susulan sebelum melahirkan anak.

“Siapa lagi ada pengalaman kehamilan plasentra previa ini? Boleh kongsikan pengalaman?” tambah Syatilla.

Untuk rekod, ini merupakan kandungan keenamnya memandangkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2. – SB


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here