PH cari formula baharu pastikan peratusan mengundi tinggi pada PRU15

0
433

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SATU formula baharu dan segar perlu dirangka Pakatan Harapan (PH) untuk menarik rakyat keluar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, ini bagi peratusan mengundi tinggi pada PRU-15 kerana tidak mahu insiden peratusan mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlaku lagi.

“Formula baharu ini perlu dibincangkan nanti dan pada masa sekarang kita masih belum mempunyai formula baharu itu,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang di Taman Maju Jaya, Johor Bahru hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng; ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz; ADUN Johor Jaya,
Liow Cai Tung; ADUN Bukit Batu, Wong Bor Yang dan ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

Pada Sabtu, BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, Parti Keadilan Rakya (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.

Pada PRN tersebut, Cin Tong menang di kerusi DUN Perling dengan majoriti 3,347 dalam pertembungan tiga penjuru dengan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Amira Aisya yang menang di kerusi DUN Puteri Wangsa dan satu-satunya calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang menang PRN Johor berkata, rakyat tidak wajar dipersalahkan apabila mereka tidak keluar mengundi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Muda berkata, penting untuk PH melihat semula dan mencari jalan supaya rakyat keluar mengundi pada PRU15 dan tidak berlaku seperti PRN di Sarawak, Melaka dan Johor yang menyaksikan peratusan mengundi rendah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here