Kes tipu dalam talian akibatkan kerugian lebih RM1.6 bilion

0
337

SEBANYAK 51,631 kes membabitkan jenayah dalam talian direkodkan bagi tempoh 2019 sehingga 2021 dengan kerugian bernilai lebih RM1.6 bilion.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, berkata pembelian dalam talian merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 18,857 kes, diikuti pinjaman tidak wujud dengan 15,546 kes.

“Pelbagai usaha dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memerangi sindiket penipuan termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.

“Pihak berkuasa turut meningkatkan pengoperasian dan tangkapan seterus menjalankan pendakwaan terhadap mereka yang terbabit dalam penipuan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperincikan statistik kes penipuan pembelian dalam talian bagi tempoh 2019 hingga 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here