Tag: Macau Scam
-
Pensyarah wanita kerugian lebih RM2.5 juta diperdaya Macau Scam
SEORANG pensyarah wanita mendakwa kerugian lebih RM2.5 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans, sejak awal tahun ini. Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 52 tahun mendakwa dihubungi suspek kononnnya daripada syarikat insurans pada 22 Jan lepas, bagi siasatan tuntutan palsu dan penggubahan wang haram melibatkan mangsa.…
-
Jurukimpal, guru jadi mangsa Macau Scam
SEORANG jurukimpal berputih mata apabila kerugian RM339,000, manakala seorang guru pula rugi RM285,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam menerusi dua kejadian berasingan. Kejadian menimpa guru lelaki berusia 49 tahun berlaku pada 6 Januari lalu, manakala jurukimpal berusia 52 tahun diperdaya sindiket bermula pada 17 November tahun lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata,…
-
Guru agama,ejen pelancongan rugi hampir RM130,000 ditipu dalam talian
SEORANG guru agama mengalami kerugian RM76,170 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam, Isnin lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 55 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai Touch ‘n Go di Kuala Lumpur dan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran bil selama enam…
-
Jurutera rugi RM2.9 juta ditipu Macau Scam
SEORANG jurutera kerugian RM2.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam baru-baru ini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa berusia 45 tahun itu sebelum ini dihubungi seorang individu mendakwa dari syarikat kurier, memaklumkan ada bungkusan terlarang yang tiba pada 1 Disember lalu. Katanya, pemanggil kemudiannya memberitahu mangsa terdapat MyKad dan…
-
Wanita warga emas kerugian RM140,000 ditipu Macau Scam
SEORANG warga emas mengalami kerugian RM140,000 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata wanita berusia 66 tahun dan tidak bekerja itu membuat laporan polis semalam berhubung kejadian tersebut. “Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis…
-
Pensyarah universiti rugi RM1.3 juta diperdaya Macau Scam
SEORANG pensyarah universiti di Iskandar Puteri mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 41 tahun itu mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan. Beliau berkata individu itu mendakwa mangsa terlibat dengan pemalsuan laporan COVID-19 di Sabah sebelum…
-
Jururawat rugi RM198,000 diperdaya sindiket Macau Scam
SEORANG jururawat terpaksa berputih mata kerana kerugian wang berjumlah RM198,000 yang baharu dipinjam daripada pihak bank selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 36 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang pada 13 Dis lepas. Beliau berkata…
-
Tiga wanita rugi RM1.7 juta akibat Macau Scam
TIGA wanita mengalami kerugian hampir RM1.7 juta selepas masing-masing menjadi mangsa sindiket Macau Scam mendakwa mereka terlibat dalam pengubahan wang haram, dalam kejadian baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata mangsa pertama seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang tinggal di Bukit Mertajam membuat laporan polis pada 19 Dis lepas, memaklumkan…
-
Warga tua berputih mata, wang RM140,000 lesap
SEORANG warga emas mengalami kerugian berjumlah RM140,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon pada 1 Disember lepas. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata lelaki berusia 63 tahun itu yang menetap di Felda Chini Timur 2, mendakwa dia telah dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘pegawai polis’ dari…
-
Ejen hartanah rugi RM7 juta diperdaya Macau Scam
SEORANG ejen hartanah wanita mengalami kerugian lebih RM7 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam menggunakan modus operandi terkini dengan menyamar sebagai Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 18 Mei lepas. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata wanita tempatan berusia 66 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan mangsa mempunyai 52…