Warga tua berputih mata, wang RM140,000 lesap

0
243

SEORANG warga emas mengalami kerugian berjumlah RM140,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon pada 1 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata lelaki berusia 63 tahun itu yang menetap di Felda Chini Timur 2, mendakwa dia telah dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘pegawai polis’ dari Ampang, Selangor.

“Suspek memaklumkan mangsa terbabit dengan pengubahan wang haram dan perlu memindahkan semua wang simpanan ke dalam satu akaun bank lain milik mangsa kononnya bagi tujuan siasatan.

“Tanpa sebarang rasa ragu-ragu, mangsa menuruti arahan suspek dan turut memberikan butiran akaun bank miliknya.

“Mangsa kemudiannya, membuat pemindahan wang secara berperingkat berjumlah RM140,000 bermula pada 1 sehingga 6 Disember lalu.

“Namun pada keesokan harinya, mangsa membuat semakan baki wang dalam satu lagi akaun miliknya dan mendapati wang berjumlah RM140,000 sudah dipindahkan secara berperingkat ke beberapa akaun tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan, hari ini lapor BH Online.

Mohd Zaidi berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sejurus menyedari dia ditipu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here