Kelly Clarkson berpisah, bekas suami dapat duit setiap bulan! 

0
554

TIADA lagi persefahaman menjadi punca utama penceraian penyanyi popular antarabangsa, Kelly Clarkson dan suaminya, Brandon Blackstock seperti yang dilaporkan media antarabngsa sejak semalam.

Sebenarnya rumah tangga mereka sudah goyah sejak Brandon memfailkan penceraian pada Jun 2020 meskipun sebelum itu lelaki ini bertindak sebagai pengurus karier Kelly.

Setelah melalui beberapa proses di mahkamah melibatkan perbincangan mengenai anak-anak, harta sepencarikan dan beberapa isu lain, akhirnya mereka mencapai kata sepakat.

Penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program American Idol 2002 itu perlu membayar sejumlah wang yang besar kepada mantan suaminya.

Dia diarahkan untuk membayar sekaligus wang bernilai RM5.4 juta dan perlu memberikan nafkah bulanan kepada suaminya lebih kurang RM481,000 sebulan sehingga 31 Januari 2024.

Tidak cukup dengan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Because Of You itu juga perlu membayar wang nafkah anak sebanyak RM190,000 sebulan!

Mereka juga sepakat akan berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas suaminya itu dan kedua-duanya akan tinggal bersama Kelly di Los Angeles.

Menurut laporan People pula, Kelly turut mendapat hak memelihara haiwan peliharaan keluarga, pelbagai jenis kereta termasuk Ford Bronco, Ford F-250 dan Porsche Cayenne serta simulator penerbangan.

Manakala Brandon pula akan memperoleh hak ke atas lembu ternakan, anjing gembala, kuda, pelbagai kenderaan termasuk Ford F-350, Ford F-250, ATV dan beberapa kereta salji CAT. 

Dia juga diberikan hak memiliki simulator golf dan beberapa jam tangan mewah.

Sebagai info, pasangan ini berkahwin pada 20 Oktober 2013, mereka berdua dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here