Penyokong Ayub boikot Puad Zarkashi?

0
497

KHIDMAT dan hubungan akrab penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Ayub Ramli dengan rakyat di kawasan itu sememangnya tidak dapat disanggah oleh sesiapa pun.

Apabila pucuk pimpinan parti beliau, UMNO memutuskan untuk menggantikan Ayub dengan Datuk Seri Dr. Puad Zarkashi calon di Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, timbul desas desus yang mengatakan ia telah menimbulkan kekecewaan besar dalam kalangan rakyat Rengit khususnya penyokong penyandang.

Salah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 38 dari Kampung Seri Bahrum, Rengit berkata, dia hairan bagaimana pucuk pimpinan UMNO boleh membuat keputusan untuk menukarkan seorang pemimpin yang baik khidmatnya seperti Ayub dengan calon yang amat jarang mengambil tahu mengenai penduduk di situ.

“Ayub mesra, kerap bantu orang kampung dan banyak bawa kemajuan di Rengit, berbeza dengan yang sebelumnya dan dapat dilihat dengan jelas di sini.

“Saya tak ok dengan Puad Zarkashi, yang tak logiknya bagaimana dia boleh dicalonkan di sini. Orang-orang kampung tak berapa minat dengan dia jauh beza dengan Ayub yang mesta dengan orang kampung,” katanya kepada SatuBerita.

Mat turut menambah, Puad hanya muncul di Rengit pada musim pilihanraya tidak sebagaimana yang Ayub lakukan.

Menjawab kepada soalan kenapa tidak mematuhi keputusan parti, Mat berkata, itu bukan satu kewajipan apabila menyentuh soal calon.

“Saya nak pesan pada pimpinan UMNO, nilai semula calon yang dipilih daripada segi gerak kerja dan khidmatnya, tak bolehlah main suka-suka pilih.

“Untuk 12 Mac ini, saya boikotlah logo dacing ini,” katanya.

Sementara itu penduduk Kampung Simpang Enam, Misni Mohd. Hamdi, 56, pula berkata, apa yang berlaku dalam UMNO telah menghilangkan minat beliau kepada parti itu.

Apa yang berlaku, kata beliau, membuatkan dirinya tidak lagi mempedulikan siapa yang diletakkan oleh UMNO di Rengit.

“Puad ini saya memang saya jarang perasan.

“Saya sekarang ini sudah tidak pedulikan sesiapapun yang diletakkan UMNO, Puad atau sesiapa sekalipun,” katanya dalam nada marah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here