PN berpeluang cipta kemenangan dalam PRN Johor – Tuan Ibrahim

0
316

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang untuk mencipta kemenangan.

Beliau berkata, keyakinan itu selepas melihat ‘mood’ sebahagian pengundi di negeri tersebut.

“Kempen berjalan lancar, tiada sangat apa. Yang bercanggah dengan peraturan cuma kita nampak satu dua kain rentang nakal yang akan diturunkan oleh pihak berkuasa.

“Tapi setakat ini perjalanan baik, pematuhan kepada SOP juga tinggi, dari segi sambutan kita jangka dan harap PN catat kejayaan berdasarkan respon daripada tinjauan kita buat positif,” katanya memetika laporan Astro Awani, hari ini.

Jelas Tuan Ibrahim, sepanjang kempen berlangsung setakat ini, sebahagian peraih undi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Suasana kempen juga sihat dengan tiada insiden yang menjejaskan perjalanan kempen.

Bagaimanapun katanya, tidak dinafikan ada juga sepanduk dan kain rentang yang nakal dan mengundang provaksi dan mungkin bertentangan dengan peraturan.

Pun begitu, pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau perjalanan kempen parti politik supaya mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here