Perpaduan, kestabilan, kesegaran politik agenda penting negara:Calon PN

0
395

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata perpaduan, kestabilan dan kesegaran politik baharu adalah penting bagi negara ini.

“Ini memanglah menjadi satu agenda penting untuk kita semua bina dan pelihara,” ujar beliau yang juga Ketua Pemuda PN Pusat menerusi kemasi kini dalam Facebook miliknya, hari ini.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan agenda tersebut dapat disemai, pengundi di DUN Parit Yaani perlu memilihnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Menerusi satu lagi ‘posting’ sebelum itu, beliau bersimpati dengan 708 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Kelantan dan Terengganu yang terkesan dengan banjir dan tidak dapat menduduki peperiksaan itu.

Ketua Pemuda Pas Johor itu berkata, mereka terpaksa menduduki peperiksaan SPM kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada sidang kedua yang akan diadakan April ini.

“Ramai calon SPM di Kelantan dan Terengganu tidak dapat meneruskan peperiksaan SPM kerana banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Buat calon SPM negeri Johor, selamat maju jaya dan buat yang terbaik dalam peperiksaan,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here