Calon PN DUN Permas: Pastikan pilih kerajaan bebas rasuah

0
680

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Tazul Arifin mahu semua pihak tidak mensia-siakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Beliau yang juga Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mengajak rakyat Johor supaya memilih PN pada PRN Johor.

“Kepada semua Bangsa Johor marilah kita bersama keluar mengundi pada 12 Mac 2022 dan memastikan kita semua memilih dan mengundi calon dari PN bagi membentuk kerajaan Johor yang mempunyai tadbir urus baik, berintegriti tinggi, bersih korupsi dan sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT telah dipilih menjadi calon bagi mewakili PN bagi N.43 DUN Permas. Ucapan terima kasih saya kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pencalonan ini.

“Tidak saya lupa kepada semua barisan ahli jawatankuasa bahagian dan keseluruhan ahli Bersatu Pasir Gudang yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya bagi mewakili PN dalam PRN Johor bagi N.43 DUN Permas,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook rasmi beliau. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here