Animas nafi calon Muda tulang belakang animasi Anak-anak Sidek, Keluang Man

0
306

PERSATUAN Animasi Malaysia (Animas) hari ini menafikan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor, Azrol Rahani sebagai

tulang belakang dalam animasi Anak-anak Sidek dan Keluang Man.

Pelukis Papan Cerita (storyboard) Keluang Man dan Pelantun Suara Tiong Man, Azhar Saad berkata, pihak produksi tidak pernah melihat
Azrol di studio mereka.

“Animas menafikan kenyataan berita ini mengenai salah seorang calon Muda PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor yang dikaitkan sebagai tulang belakang animasi Anak-anak Sidek dan Keluang Man.

“Jangankan tulang. Sisa pun kami tidak pernah nampak kelibat beliau di studio kami,” katanya dalam satu hantaran Facebook rasmi Animas, hari ini.

Semalam media melaporkan Azrol yang sebelum ini merupakan antara tulang belakang pasukan animasi Anak-anak Sidek dan Keluang Man berazam mewujudkan peluang pekerjaan bagi generasi muda Felda jika menang dalam PRN Johor.

Beliau yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai itu berkata, keazamannya itu selepas melihat generasi ketiga dan keempat Felda terpaksa keluar dari tanah rancangan kerana tiada peluang pekerjaan.

Dalam hantaran sama, bekas Animator Keluang Man, Abdul Rahman Mohamad berkata, anak muda seharusnya tidak melakukan pembohongan dan sentiasa berlaku jujur dalam setiap percakapan yang dikeluarkan.

Selain itu, seorang tenaga penting di sebalik animasi Anak-Anak Sidek, Salim Salleh berkata, sepanjang mengetuai produksi, beliau tidak pernah mengenali calon Muda tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here