Pengundi di kuarantin perlu dapat izin PKD untuk keluar mengundi

0
601

PENGUNDI berstatus individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) perlu memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian sekiranya mahu keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan, kebenaran itu tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh PKD berkenaan dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM

Pengundi yang berstatus PUI dan PUS hendaklah diasing dan ditempatkan di khemah atau bilik atau ruang khas yang disediakan.

“PUI dan PUS juga dikehendaki menggunakan pengangkutan sendiri untuk ke pusat mengundi dan penggunaan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan.

“Setelah selesai mengundi, individu ini dikehendaki segera meninggalkan pusat mengundi dan terus pulang ke tempat kuarantin manakala ruang khas itu perlu berdasarkan garis panduan KKM sebaik mereka pulang,” katanya.

Bagi pengundi di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mereka perlu menjalani ujian RTK Antigen dalam masa 24 jam sebelum tarikh mengundi dan hanya yang negatif COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan keluar mengundi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here