JDT jadi tuan rumah Kumpulan I ACL

0
242

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) FC sekali lagi mendapat penghormatan dunia apabila terpilih sebagai tuan rumah berpusat saingan peringkat awal Kumpulan I Liga Juara AFC (ACL) 2022 (Timur) yang akan berlangsung dari 15 April hingga 1 Mei ini.

JDT FC dijangka menggunakan gelaggang utamanya, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan alternatif, Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru untuk melangsungkan kesemua perlawanan kumpulan itu.

Pemilihan venue Johor milik Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora yang juga juara Liga Super lapan kali berturut-turut sejak 2014 itu, disiarkan laman sesawang rasmi the-afc.com, pada Khamis.

Sudah tiga kali JDT FC menyertai ACL iaitu pada 2019 dan 2021 namun gagal melepasi peringkat kumpulan manakala 2020, mereka terpaksa menarik diri akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Musim 2021 ACL di Bangkok, Thailand menyaksikan skuad Mora menduduki tempat ketiga Kumpulan G dengan empat mata setelah hanya mengalahkan Ratchaburi FC 1-0 dan seri 0-0. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here