Op Benteng:11 PATI warga Indonesia ditahan

0
583

Oleh ABU UBADILLAH RAHMAN

TENTERA Darat Malaysia (TDM) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di pinggir Hutan Tenggaroh, Kota Tinggi, hari ini selepas mendapat maklumat penduduk setempat.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan memberitahu, pada pukul 4.20 pagi anggota petugas Pos Pemerhati mengesan dan melihat pergerakan orang yang mencurigakan di pinggir hutan itu.

“Pada jam 5.10 pagi, Tim Quick Reaction Force (QRF) telah diaturgerakkan ke lokasi kejadian dan seterusnya berjaya menahan dan membuat penangkapan ke atas 11 PATI.

Kesemua empat PATI yang berusia sekitar 19 hingga 50 tahun telah diserahkan ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang

“Kesemua empat PATI yang berusia sekitar 19 hingga 50 tahun telah diserahkan ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk disoal siasat dan proses dokumentasi,” jelas kenyataan tersebut.

Ujian saringan Covid-19 dibuat ke atas mereka di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasilnya mendapati semua PATI negatif sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru.

Semua PATI dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasilnya mendapati semua PATI negatif sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru

Menurut kenyataan tersebut, laporan kejadian tersebut dibuat di Balai Polis Sungai Ambat pada pukul 8 pagi.

Tambah kenyataan itu, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM413 melibatkan RM208, matawang Indonesia IDR 18,000 (RM 5.27), matawang Vietnam VND1,000 (RM0.18), empat buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM200.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) serta bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI sekitar kawasan tangkapan,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here