Sekat kluster mahkamah, kata Dr Mahathir menjelang PRN Johor

0
443

PENGERUSI Pejuang, Dr. Mahathir Mohamad hari ini menggesa pengundi Johor untuk menyekat kluster mahkamah daripada kembali berkuasa melalui beberapa siri pilihan raya kecil (PRK), mengatakan pilihan raya bulan depan akan memberikan kesan besar kepada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“PRN ini dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat dari Umno,” katanya dalam satu surat terbuka hari ini.

“Tujuan mereka ialah untuk memperkukuhkan kedudukan di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum PRU15. Perancangan mereka apabila menang di PRU nanti mereka akan menyelesaikan kes-kes salah guna kuasa, pencurian wang dan harta rakyat.”

Menurut bekas perdana menteri itu, walaupun ada yang berkata kumpulan kluster mahkamah tidak bertanding pada PRN Johor, namun calon yang bertanding di atas tiket Umno dan Barisan Nasional (BN) akan memberi kekuatan kepada kumpulan tersebut.

“Undi saudara dan saudari akan menentukan parti mana yang akan menerajui kerajaan negeri Johor.” katanya.

Surat terbuka Mahathir itu tampil beberapa hari selepas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memberikan amaran yang senada di mana beliau mengatakan pemimpin Umno yang mengetuai parti itu sepanjang pilihan raya adalah presiden parti dan bukannya perdana menteri.

“Jika parti mereka menang dalam pilihan raya, lazimnya yang akan diangkat menjadi perdana menteri adalah presiden parti. Jika ini berlaku, maka lengkaplah perancangan kluster mahkamah.

“Mereka akan kembali berkuasa dan selesailah masalah mereka.” ujarnya.

Kluster mahkamah merujuk sekumpulan ahli Parlimen Umno termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan pelbagai pertuduhan jenayah di mahkamah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here