Perlukan duit, Shuk Sahar nak jual rumah

0
632

PELAWAK Shuk Sahar mengejutkan umum apabila mendedahkan mahu menjual rumah miliknya yang berharga RM1.2 juta yang terletak dia Denai Alam, Selangor.

Dalam satu perkongsian video yang tular, dia memberitahu mahu menjual kediaman tersebut kerana kesempitan duit untuk meneruskan kehidupan.

“Siapa yang nak beli rumah, saya perlukan duit untuk saya teruskan life saya, untuk saya mulakan benda-benda baru, jadi saya perlukan duit.

“Siapa-siapa ada kemampuan nak tengok rumah area Elmina boleh DM saya. Saya ada ambik ejen untuk jual rumah tu,” katanya.

Sudah pasti perkongsian video tersebut mengundang perhatian netizen yang turut melemparkannya dengan pelbagai tuduhan.

Ada yang menuduh dia mahu berkahwin lagi sehingga sanggup menjual rumah untuk tujuan tersebut.

“Insya-Allah kalau aku nak kahwin lagi satu, masih lagi ada duit. Saya perlukan duit untuk mulakan kembali memulakan kehidupan, saya pun dah tak berlakon,” ujarnya.

Beberapa netizen turut meninggalkan komen dengan kata-kata yang pedih dan menusuk hati.

“Kamu buat perangai khianati isteri, Allah tarik nikmat,” kata seorang netizen.

“Berubah Shuk, dekatkan diri pada Allah. Tak semestinya rujuk dengan isteri tapi jalani kehidupan masing-masing dengan reda,” kata seorang lagi.

Terdahulu, pelawak berkenaan dikatakan telah menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita lain sehingga membuatkan rumah tangga mereka berantakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here