PRN Johor: PKR umum lima calon zon Johor Selatan

0
604

PARTI Keadilan Rakyat mengumumkan lima calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri di zon Johor Selatan pada Isnin.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak Majlis Pimpinan Negeri telah memutuskan untuk membuat pengumuman awal bagi memberi laluan kepada jentera memulakan gerak kerja mereka.

Katanya, fokus yang jelas terhadap matlamat parti serta perancangan yang teratur perlu diutamakan meskipun mengakui terdapat masalah ketika dalam proses menentukan calon yang benar-benar layak di samping rundingan bersama parti komponen PH dan rakan pembangkang.

“Keadilan ini parti majoriti Melayu, asas Melayu, tapi pelbagai kaum. Satu-satunya parti yang menampilkan tokoh semua kaum. Ini parti yang berani bertahan di bandar, bertembung di desa.

“Ini perbezaan kita. Sesetengah orang pilih hanya di bandar, tak berani terjun ke kampung. Kita bertarung di bandar, desa, kawasan India, Melayu, Cina dan lain-lain. Betapa sukar pun kita harus berdepan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh di Johor Bahru, hari ini.

Senarai lima calon PRN Johor Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Lima calon berkenaan ialah:

  1. Larkin – Dr Zamil Najwah Arbain, Bendahari Cabang Pasir Gudang
  2. Kempas – Napsiah Kamis Maharan, Ketua Wanita Keadilan Johor
  3. Bukit Batu – Chong Sen Sern, Setiausaha Cabang Tebrau
  4. Tiram – Gopalakrishnan Subramaniam, Naib Pengerusi MPN Keadilan Johor
  5. Pasir Raja – Mohd Fakhruddin Moslim, Setiausaha AMK Johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here