UMNO tiada, kita boleh ada kestabilan politik – Sanusi

0
402

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan kestabilan politik dalam negara hanya boleh dicapai sekiranya Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak lagi memerintah.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu berkata, UMNO dan BN sering ‘menjaja’ pihaknya membawa kestabilan politik sebaliknya, mereka sebenarnya yang berbuat demikian.

Jelasnya, ini boleh dilihat apabila berlaku beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu selepas diberi peluang kembali memerintah.

“Formulanya UMNO tiada, kita boleh ada kestabilan. Mana-mana negeri yang UMNO mempunyai kerusi lebih sikit mesti PRN. Macam di Melaka, orang dia sendiri jatuhkan Ketua Menteri. Johor pun begitu kerana kerusi mereka lebih.

“Kita tengok negeri lain bila mereka (UMNO) kerusi sikit, sikapnya lain. Seperti di Kedah kita tidak mengalami masalah, jadi syarat dia senang, kerusi dia (BN) sikit, jadi penting kita tentukan BN jangan menang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Himpunan Petugas Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kawasan Pulai, Johor Bahru, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, kestabilan dalam pemerintahan negara haruslah mempunyai kesepakatan tetapi BN khususnya UMNO dilihat terus menjadi pihak yang mencetuskan perbalahan itu.

“Dia macam kita duduk satu rumah, makan satu meja masak satu lauk, tetapi dia tikam belakang kita, inilah perangai BN. Kita kalau nak hidup aman, lidah dengan hati mesti sama.

“Mereka (UMNO) sudah menerima macam-macam tetapi tetap tamak kerana mereka kalau boleh mahu semua. Tengok apa yang mereka tidak dapat, jika bukan jawatan menteri mesti pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here