Penyelia mengaku bersalah muat naik video lucah

0
216

SEORANG penyelia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, Terengganu hari ini, atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas.

Ahmad Tarmizi Mohd, 28, mengaku melakukan kedua-dua perbuatan itu yang kemudiannya dilihat di sebuah rumah di Padang Sena di Terengganu pada 12 tengah malam 11 Mei 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah Osman menetapkan 28 Februari ini untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Nazrul Hizam Mohd Zameri menawarkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Tarmizi yang tidak diwakili peguam itu.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here