KKM syor PRN Johor boleh diteruskan – Khairy

0
273

MESKIPUN gelombang Omicron melanda negara, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah memuktamadkan syor-syor SOP PRN.

“Saya telah muktamadkan syor SOP kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Memandangkan kesan Omicron tidak seteruk seperti Delta, maka PRN Johor boleh diteruskan dengan SOP diumumkan kelak,” katanya menerusi sidang media kementeriannya pada Isnin.

PRN Johor bakal diadakan tidak lama lagi susulan dari pembubaran Dewan Undangan Negeri itu pada 22 Januari lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya berkenaan pada 9 Februari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here