Anggota JPJ maut ketika kejar pesalah trafik

0
216

SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak, di ibu negara ketika sedang mengejar seorang pesalah trafik, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dikatakan sedang bertugas dalam satu operasi motosikal oleh JPJ Kuala Lumpur, sebelum seorang penunggang motosikal cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Memetik laporan BH, difahamka mangsa yang bertugas sebagai anggota preman dalam operasi itu menunggang motosikal cuba mengejar suspek.

Bagaimanapun, ketika mengejar suspek motosikal mangsa terbabas dan menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya sebelum dirempuh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here