[VIDEO] Sabar Pas terhadap UMNO ada had – Khairil Nizam

0
355

KESABARAN Pas terhadap karenah UMNO yang berpunca daripada puak tertentu dalam parti itu ada hadnya.

Namun, jika segelintir pemimpin parti itu berterusan bertindak secara keterlaluan, Pas tidak akan berdiam diri.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirdin, Pas hanya akan menghormati kluster yang fokus kepada penyatuan ummah serta pemulihan negara pasca Covid-19, bukannya kelompok yang berkepentingan dan menjejaskan penyatuan ummah

Katanya, Pas tidak akan teragak-agak bertindak terhadap hubungan dengan UMNO jika berterusan didesak, namun keputusan itu memerlukan prosedur tertentu.

Desakan yang dimaksudkan beliau adalah seperti krisis politik Melaka yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) juga krisis di Perak dan pembubaran DUN Johor yang dicetuskan oleh segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan beliau berindak keterlaluan.

“Jadi kita tak boleh letakkan UMNO secara keseluruhan dalam satu bakul. Ada kluster-kluster tertentu. Penghormatan Pas kepada UMNO adalah terhadap kluster yang mahukan penyatuan ummah dan yang fokus untuk Malaysia kembali kepada tempatnya selepas berdepan dengan Covid-19.

“Kesabaran Pas ada hadnya, Pas tidak akan teragak-agak bertindak terhadap hubungan dengan UMNO jika berterusan didesak, namun keputusan itu memerlukan prosedur tertentu,” katanya.

Kharil yang berkata demikian pada sesi dialog bersama Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di YouTube rasmi Bersatu juga menyatakan, dek kejahatan dan kepentingan diri Kluster Mahkamah dalam UMNO, maruah Malaysia telah tercemar teruk di mata dunia.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama secara khusus, Kahiril berkata, kluster yang menimbulkan masalah adalah mereka yang berdepan kes mahkamah dan telah “memalukan negara di peringkat dunia”.

“Satu dunia tahu bagaimana malunya apabila kita berdepan dunia dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu dan dihukum oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” ujarnya.

Kejahatan Kluster Mahkamah kata Khairil bukan rahsia dan maklumat mengenainya boleh diperoleh dimana-mana sehingga menjadikan imej Malaysia tercemar dengan berita rasuah dan salah guna kuasa kluster itu.

“Ini memalukan, maruah (negara) tergadai kerana kejahatan pemimpin- pemimpin ini. (Jadi) kenapa pemimpin ini kena sekali lagi diletakkan untuk menrajui tampuk pemerintahan negara,” soalnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here