Wow! ‘Aliff Syukri’ beraksi di Liga Bola Sepak Turki?

0
856

DARIPADA usahawan kosmetik penuh kontroversi kepada bintang filem dan terkini, Datuk Seri Aliff Syukri kini menjadi bintang bola sepak di liga bola sepak Turki, SüperLig?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran warganet tempatan selepas mendapat ‘kejutan’ pada Ahad apabila tersebar luas wajah yang amat seiras dengan Aliff Syukri laman Facebook Turkish Football.

Pelanduk dua serupa itu sebenarnya, Salih Ucan yang merupakan pemain pasukan Besiktas yang dipinjamkan kepada pasukan Basaksehir selama enam bulan pada persaingan musim baharu SüperLig tahun ini.

Niat asal laman Facbook itu ialah memperkenalkan pemain pasukan pemain tengah Besiktas itu, tapi yang mendapat nama usahawan kosmetik tempatan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Persamaan yang amat ketara antara kedua individu tersebut mengundang pelbagai komen menarik baik daripada warganet Malaysia hinggalah kepada warganet Turki.

Tidak melepaskan peluang untuk menarik lebih banyak pengikut laman Facebook Turkish Football tersebut telah mengadakan satu kuiz yang mana lebih hebat di antara keduanya.

Antara komen yang menarik dapat dibaca di hantaran tersebut adalah daripada Norliza Abd Rahman yang mengatakan: “Tak boleh imagine macamana kalau dia kepit bola atas padang sambil dikejar Sajat.”

Manakala, Afif Azhar pula menghantarkan komen: “Silap la bg malaysia nmpk.. mmg tk rilex. Hilang komen2 org turkey🤣,”.

“Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dia (Aliff Syukri) boleh menyanyi, menari, melakukan reviu makanan, berlakon, mengarah dan sekarang menjadi pemain bola sepak. Jangan sesekali menghentikan mimpi anda. Jangan berhenti belajar,” kata Santhanar Donachariyar. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here