[VIDEO] PRN Johor: Pas, Bersatu bertanding di bawah Perikatan Nasional

0
778

PAS dan Bersatu mengumumkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dicapai bersama dan disahkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membacakan resolusi Muzakarah Pas-Bersatu kepada media di Grand Ballroom Glenmarie Hotel, Shah Alam, Selangor, pada Sabtu.

Menurut beliau, ia bagi memperkukuhkan jalinan bersama PAS-Bersatu sebagai satu pasukan sehingga peringkat akar umbi dan mempertegaskan sokongan terhadap kerajaan persekutuan adalah bersyarat.

“Memperkukuhkan jalinan bersama PAS-Bersatu sebagai satu pasukan sehingga peringkat akar umbi.

“Mempertegaskan sokongan PAS dan BERSATU dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat; perlu dihormati dan dirundingi diatas nilai integriti, anti-rasuah dan berkebajikan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, PAS-Bersatu menerusi Muzakarah tersebut turut melahirkan rasa kesal terhadap percaturan politik segelintir pihak yang menutup pintu perpaduan, menggugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat. 

Sementara itu Muhyiddin berkata, PN akan memutuskan agihan kerusi dalam kalangan parti komponen dalam tempoh sehari, dua lagi.

“Kita akan memutuskan perkara itu dalam tempoh sehari, dua ini insyaAllah.

“Hasrat kita untuk bertanding ialah untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat Johor membentuk kerajaan PN di peringkat negeri,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 56 kerusi akan dipertandingkan pada PRN Johor yang diberi laluan untuk diadakan  selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) 22 Januari lalu. 

Perkara itu sekaligus menamatkan desas-desus mengenai PRN di negeri berkenaan selepas kematian Ahli DUN Kempas, Datuk Osman Sapian bulan lalu yang menyebabkan perbezaan majoriti antara kerajaan negeri dan pembangkang hanya satu kerusi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here