Vida minta maaf, sempat tawar projek kepada Anuar Zain

0
588

SETELAH menerima kecaman hebat daripada peminat dan rakan artis gara-gara gurauan kasar terhadap Anuar Zain, akhirnya usahawan kontroversi ini tampil membuat permohonan maaf.

Meskipun pada awalnya dia menafikan menyebut perkataan gay seperti dalam video yang tular, kali ini Vida akur dan mengaku melakukan kesilapan dirinya.

Dalam video tersebut, dia meminta maaf kepada penyanyi itu dan seluruh ahli keluarga penyanyi yang popular dengan lagu Perpisahan itu.

“Saya Datuk Seri Vida mohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni (video) dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang ni muncul,” katanya.

Tangkap layar video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok pada Selasa memaparkan Datuk Seri Vida menuduh Anuar Zain mengamalkan seks songsang.

Pun begitu, bagi menunjukkan rasa ikhlas dan bersalah atas perbuatannya, wanita yang berusia 51 tahun ini mahu bersemuka dengan Anuar secara peribadi.

Jelasnya pertemuan tersebut mungkin akan menjernihkan kembali hubungan memandangkan dia sangat meminati penyanyi itu sejak dahulu.

“Apa pun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat sangat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan macam ini, kekalutan.

“Apa lagi yang dapat saya ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain. Maafkan saya Datuk Seri Vida dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain.

“Hajat besar ada, projek besar ada insya-Allah,” katanya mengakhiri permohonan maaf.

Dua hari lalu nama Vida panas apabila menuduh Anuar seorang gay setelah ditanya oleh pengikut Instagram untuk dia mendekati lelaki tersebut.

Tangkap layar ciapan penyanyi, Ernie Zakri yang juga merupakan anak saudara kepada Anuar Zain dalam memberi respons kepada kenyataan Vida terhadap bapa saudaranya.

Video itu bukan sahaja memberikan ‘kejutan’ kepada peminat tetapi juga mengundang rasa kurang senang Ziana Zain dan penyanyi Ernie Zakri yang juga merupakan anak saudara kepada Anuar.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here