Buruh binaan didakwa rompak dua mangsa bersenjatakan parang

0
361

SEORANG buruh binaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas pertuduhan merompak secara berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap dua mangsa pada Selasa lalu.

Abdul Muhaimin Alias, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli, lapor Harian Metro hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak dengan bersenjata sebilah parang terhadap seorang lelaki dan rakannya sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM5,000.

Perbuatan itu dilakukan di rumah kongsi Kampung Pauh Badang, Kota Bharu, pada 3 pagi 18 Januari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh mengaku salah dan memohon satu tarikh untuk fakta kes serta jatuh hukuman.

Mahkamah kemudian menetapkan Rabu ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here