Upah pengawal peribadi untuk isteri

0
299

PERNAH dilanda kontroversi yang menggemparkan negara apabila ‘diculik’ bapa sendiri, pelakon Nynaa Harizal mengakui insiden berkenaan benar-benar meninggalkan kesan buatnya.

Namun dalam masa yang sama dia bersyukur kerana kekecohan yang timbul sudah berakhir dan dia dapat hidup aman bersama suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas.

“Apa yang berlaku kepada kami umpama mimpi ngeri kepada saya secara peribadi. Padahal sepanjang bergelar anak seni saya tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa kontroversi pun.

“Saya tak sangka akan melalui perkara ini dan berjaya mengharunginya. Bila berkahwin, saya mahu rumah tangga aman damai seperti mana yang dinikmati orang lain,” ungkap Nynaa berterus terang.

Jika ada yang mengikuti perkembangan pelakon yang satu ini, Nynaa menggemparkan negara apabila ‘diculik’ bapa sendiri dan pengawal peribadi pula diacukan pistol pada November tahun lalu.

Fahmi kemudiannya memfailkan perintah kembali taat manakala dia pula memfailkan cerai terhadap suaminya ketika itu.

Namun beberapa waktu kemudian, mereka menarik semula kedua-dua permohonan dan kembali menjalani semula kehidupan berumah tangga.

Dalam pada itu, Fahmi menjelaskan sebagai suami dia pasti akan berbuat apa sahaja demi mempertahankan rumah tangga yang baru dibina.

“Apa yang boleh saya katakan, segala kejadian tersebut sangat rumit kerana melibatkan banyak pihak. Jika perkara ini terjadi lagi saya akan buat tindakan sama demi keluarga.

“Kami menjalani hidup seperti biasa sekarang. Kami faham kerja masing-masing dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami isteri,” ujarnya.

Pada masa sama, Fahmi juga menyatakan dia mengupah pengawal peribadi bagi mengelakkan insiden diacukan pistol berulang kembali.

Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 28 Ogos tahun lalu dalam satu majlis tertutup. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here