Vaksinasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula Februari

0
285

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Jan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG), dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak.

“Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun akan diadakan pada 3 Feb ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak tersebut akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Jan ini, dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu, namun perinciannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022, dan sebagai permulaan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera mereka,” katanya.

COB
MAHKAMAH-UGUT : ANAK LELAKI PENGASAS KOSMETIK DNARS LEPAS TANPA BEBAS TUDUHAN UGUT BAPA TIRI
20220120BNBM87325SUB1BAHASA MALAYSIA
18:4320-01-2022GE
BERNAMA-COVERAGE : BERNAMA NEWS COVERAGE: JAN 21
20220120BNEN87346SUB2ENGLISH
18:4320-01-2022GE
PIGS-ASF (CONTROL)/BM : IMPLEMENT ‘MCO’ FOR PIGS TO CONTAIN ASF – SIM
20220120BNBM87263SUB2ENGLISH
18:4220-01-2022GE
PARLIAMENT-FLOODS (SUGGESTIONS)/BM : MPs PROPOSE VARIOUS IDEAS ON TACKLING FLOOD DISASTERS
20220120BNEN87504ENGLISH
18:4120-01-2022CRB
POLIS-ADAM : ISU AZAM BAKI: AKTIVIS ADAM ADLI DIPANGGIL BERI KETERANGAN – POLIS
20220120BNBM87358SUB1H2BAHASA MALAYSIA
18:3820-01-2022GB
KHAIRY-VAKSIN 2 KUALA LUMPUR : PEMBERIAN VAKSINASI KANAK-KANAK – 2
20220120BNBM87468SUB1BAHASA MALAYSIA

Showing 1 to 10 of 279 entries

Copyright © 2022 BERNAMA. All rights reserved.

KHAIRY-VAKSIN 2 KUALA LUMPUR
PEMBERIAN VAKSINASI KANAK-KANAK – 2

Khairy berkata keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program ini adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, kencing manis dan penyakit saraf, kerana mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk.

Beliau berkata formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty yang akan digunakan dalam program vaksinasi adalah formulasi khas untuk kanak-kanak, dan dibekalkan di dalam bebuli 10-dos (penutup jingga) dan perlu dicampur dengan 1.3 mL larutan garam biasa.

“Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan bagi dos dewasa. Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu, selepas dos pertama,” katanya.

Khairy berkata berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan minggu antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi, serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

Bagaimanapun beliau berkata seperti vaksin yang lain, vaksin Comirnaty formulasi khas untuk kanak-kanak ini juga boleh memberikan kesan sampingan vaksin yang biasa dialami oleh kanak-kanak, seperti sakit pada tempat suntikan, kemerahan dan bengkak.

ours News Feed

Showing 1 to 10 of 279 entries

102550100CopyCSVPDFPrintSearch:

TimeDateCategoryHeadlineNews IDLanguage
18:4920-01-2022SEEXCLUSIVE
SPORTS-BADMINTON (ZII JIA)/BM : RESOLVE BAM-ZII JIA CRISIS AMICABLY – CHONG WEI
20220120BNBM87360SUB2H2ENGLISH
18:4920-01-2022GB
KHAIRY-VAKSIN 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR : PEMBERIAN VAKSINASI KANAK-KANAK – 3
20220120BNBM87487SUB1BAHASA MALAYSIA
18:4520-01-2022FB
INDONESIA MAHU KUKUHKAN KERJASAMA PERTAHANAN DENGAN RAKAN-RAKAN ASEAN
20220120BNBM87471BAHASA MALAYSIA
18:4520-01-2022GE
MPN-PHD/BM (WITH PIX) : UPM PRODUCING 400 PhD GRADS EACH YEAR IS NORMAL – MPN
20220120BNBM87230SUB2H2ENGLISH
18:4420-01-2022COB
MAHKAMAH-UGUT : ANAK LELAKI PENGASAS KOSMETIK DNARS LEPAS TANPA BEBAS TUDUHAN UGUT BAPA TIRI
20220120BNBM87325SUB1BAHASA MALAYSIA
18:4320-01-2022GE
BERNAMA-COVERAGE : BERNAMA NEWS COVERAGE: JAN 21
20220120BNEN87346SUB2ENGLISH
18:4320-01-2022GE
PIGS-ASF (CONTROL)/BM : IMPLEMENT ‘MCO’ FOR PIGS TO CONTAIN ASF – SIM
20220120BNBM87263SUB2ENGLISH
18:4220-01-2022GE
PARLIAMENT-FLOODS (SUGGESTIONS)/BM : MPs PROPOSE VARIOUS IDEAS ON TACKLING FLOOD DISASTERS
20220120BNEN87504ENGLISH
18:4120-01-2022CRB
POLIS-ADAM : ISU AZAM BAKI: AKTIVIS ADAM ADLI DIPANGGIL BERI KETERANGAN – POLIS
20220120BNBM87358SUB1H2BAHASA MALAYSIA
18:3820-01-2022GB
KHAIRY-VAKSIN 2 KUALA LUMPUR : PEMBERIAN VAKSINASI KANAK-KANAK – 2
20220120BNBM87468SUB1BAHASA MALAYSIA

Showing 1 to 10 of 279 entries

Copyright © 2022 BERNAMA. All rights reserved.

KHAIRY-VAKSIN 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
PEMBERIAN VAKSINASI KANAK-KANAK – 3

“Tindak balas sistemik pula termasuklah keletihan, pening kepala, sakit otot, menggigil dan demam. Kebanyakan kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan,” katanya.

Jelasnya KKM menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga 11 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan, dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan pelaksanaan.

Dalam pada itu Khairy memaklumkan bagi tempoh 25 Jan 2020 hingga semalam, jumlah kes COVID-19 melibatkan individu berumur kurang daripada 18 tahun adalah sebanyak 579,624 kes, dengan 269,773 kes melibatkan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 144 kematian telah direkodkan akibat daripada jangkitan COVID-19 dalam kalangan populasi berumur 18 tahun dan ke bawah. Daripada jumlah tersebut, 31 kes kematian melibatkan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here