ADUN Yong Peng umum bersara daripada politik

0
512

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Chew Peck Choo membuat kejutan apabila menyatakan mahu bersara daripada politik selepas bergiat aktif selama kira-kira 20 tahun.

Wakil rakyat DAP Johor itu berkata, keputusan tersebut dibuat bukan kerana mempunyai isu atau masalah politik.

Jelasnya, persaraan itu juga dibuat atas pilihannya sendiri dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Selepas terlibat dalam empat pilihan raya utama, saya membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam mana-mana pilihan raya atau kerja kempen.

“Saya akan bersara daripada politik kerana mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

“Sebenarnya saya mahu buat keputusan bersara selepas kena strok ringan pada November 2108, kemudian 2020 sihat sepenuhnya dan sekarang baharu ambil keputusan bersara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pengumuman persaraan ADUN DAP itu sedikit mengejutkan beberapa pihak memandangkan terdapat khabar angin bahawa akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh terdekat.

Hari ini, ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang turut membuat kenyataan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk bersara daripada politik sekiranya benar PRN Johor diadakan.

Beliau yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tebrau dilaporkan berkata, sudah tidak aktif sangat dengan aktiviti bersama parti sebaliknya lebih banyak memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai exco kerajaan negeri. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here