Siti Saleha sah bercerai talak satu, dedah tiada lagi persefahaman

0
1015

PELAKON Siti Saleha sah bercerai talak satu dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar hari ini menerusi satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pagi tadi.

“Okay untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa.

“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja keluar daripada premis mahkamah.

Kes mereka menarik perhatian umum apabila wanita berkenaan memfailkan permohonan cerai pada 13 Oktober tahun lalu meskipun tiada khabar angin pergolakan rumah tangga berlaku sebelum itu.

Pun begitu sehingga ke hari ini tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang berlaku kepada pasangan ini memandangkan masing-masing mengunci mulut mengenainya.

Sebagai info, pasangan ini bernikah pada 28 Julai 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here