Isteri tahu Lan Solo buat aksi tersebut

0
486

BARU sahaja melancarkan lagu 5 Kaki 4 Inci nama Lan Solo kembali panas apabila beberapa babak dia berpegangan tangan dengan seorang model perempuan diperkatakan umum.

Ada yang menganggap tindakan bapa kepada empat orang anak itu kurang profesional selain kata-kata kurang manis yang menuduh dia tidka menghormati isterinya sendiri.

Bagi Lan, apa sahaja yang diperkatakan umum itu tidak menjadi ‘kudis’ baginya memandangnya isterinya tahu itu adalah tuntutan kerja dan tidak sesekali melakukan perbuatan tersebut tanpa pengetahuannya.

“Saya seorang lelaki yang setia. Bagi saya itu ialah tuntutan kerja dan dia (isteri) sangat profesional malah kami pun sudah mengenali antara satu sama lain sejak sekian lama.

“Sheila juga sudah faham dengan selok-belok industri seni dan tiada isu pun di situ sebab dia memahami kerja saya,” kata Lan memberikan pencerahan.

BABAK Lan Solo berpegangan tangan dengan seorang model perempuan diperkatakan umum ketika ini. – SB

Tambah Lan, aksi tersebut dilakukan di hadapan isterinya memandangkan dia berada di situ ketika penggambaran dilakukan di Kundasang, Sabah.

Pun begitu, jelas vokalis kumpulan Kristal ini, dia ada memikirkan tentang perkara berkenan pada awalnya namun menganggap itu adalah tuntutan kerja semata-mata.

Untuk pengetahuan, lagu tersebut juga menampilkan Ratu Cantik Kinabalu, Kerinah Mah dan menggunakan sedikit bahasa Dusun sebagai penarik kepada 5 Kaki 4 Inci.

“Saya bersyukur kerana lagu ini akhirnya dilancarkan secara rasmi setelah hampir setahun tertangguh.

“Semuanya dilakukan sendiri dah sudah tentu saya mengharapkan reaksi positif bukan sahaja daripada orang Sabah tetapi juga seluruh Malaysia,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, 5 Kaki 4 Inci merupakan lagu hasil ciptaan Marsha Milan dan Velvet Aduk Lawrence. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here