5 perkara saya belajar selepas setahun kena covid dan hampir maut

0
306

SELEPAS setahun pulih daripada jangkitan Covid-19, Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman berkongsi pengajaran yang diperolehi daripada pengalaman itu.

Kata beliau dalam hantaran Instagram rasminya, hari ini genap setahun dia berjuang melawan Covid-19 untuk hidup di atas katil Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh.

Tambah beliau, ketika itu doktor pakar telah berbincang dan memberitahu harapannya untuk selamat amat tipis kerana serangan Covid-19 tehadap paru-paru dan tahap oksigennya menurun dengan ketara.

Malah, lebih menyedihakan, ibu mertuanya yang turut dijangkiti virus itu dan dimasukkan ke hospital yang sama tewas dan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad, 24 Januari 2021.

Azizan dalam perkongsiannya berkata lima perkara dipelajari daripada pengalaman itu –

  1. Allah boleh uji kita bila-bila masa. Hidup ini seluruhnya adalah ujian.

Umpama kita dalam permainan “video game”…. anytime boleh ada ujian, cabaran dalam pelbagai bentuk, kecil atau besar, dari mana sahaja dan kita perlu sentiasa bersedia response dengan baik dan pantas

  1. Setiap perkara ada proses – Contoh bila saya dalam tempoh recovery.

Doktor pakar saya pesan, healing takes time mungkin 3-6 bulan. Dont push it but faham it will takes time.

Make sure saya makan makanan yang baik, tidur dengan baik which masa tu susah gila nak tidur dan banyakkan berehat dari terlalu banyak berfikir atau stress kerana stress akan melambatkan proses recovery.

  1. Dan personally, semua yang berlaku buat saya lebih hargai kehidupan dan orang sekeling saya serta seluruh anak didik saya dan ramai yang mendoakan saya ketika saya sakit.
  2. Hidup ini betul-betul singkat. Sampai masa kita akan pergi jua. Cepat lambat bukan urusan kita tetapi ketika ada ruang dan peluang, apakah yang kita buat dengannya? Gunakan “aset masa” yang ada untuk buat perkara yang baik walaupun hanya spend time bersama keluarga atau gunakan masa untuk bantu orang lain dengan kerja atau bisnes kita.

5- Selagi belum mati, jangan mengalah. Semua orang ada 24-jam yang sama. Kita hidup orang lain pun hidup. Play big! Dan apa yang trigger saya ini membuatkan saya lebih berani play big. Saya melangkah menjadi antara pelabur utama dalam syarikat di Bursa Malaysia – MPay Berhad dan banyak lagi tindakan lebih berani.

Terima kasih kerana sentiasa doakan saya.

Love DW. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here