Polis siasat dakwaan anggotanya peras ugut warga asing

0
256

PIHAK polis kini sedang menyiasat dakwaan anggota memeras ugut warga asing di sebuah pasar raya di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, perkara itu tular di Twitter pada Isnin selepas seorang pemilik akaun laman sosial itu membuat ciapan yang mendakwa anggota polis memeras ugut warga asing.

Bagaimanapun menurut Shafa’aton, masa dan tarikh kejadian tidak dijelaskan dengan tepat.

“Semakan juga dibuat mendapati pemilik akaun telah memadamkan isu tersebut dari laman Twitter miliknya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu menurutnya, semakan pihak polis mendapati tiada laporan dibuat berhubung kejadian itu.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here