Kes ahli perniagaan bunuh pengawal keselamatan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

0
433

MAHKAMAH Majistret Ipoh pada Rabu memerintahkan kes seorang ahli perniagaan yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada Disember 2020 sehingga menyebabkan kematian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hosna Mohamad Zikri untuk memindahkan kes yang dihadapi Ahmad Noor Azhar Muhammad, 34, ke Mahkamah Tinggi.

Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S. Thava Sagayam, 64, di Menara Majestic A-7-1, Jalan CM Yusuff, di sini antara 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, dia didakwa di Mahkamah Majistret kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Thava tetapi pertuduhan dipinda selepas polis mengklasifikasikan semula kematian pengawal keselamatan itu, yang diserang ketika bertugas di kolam renang di kondominium tersebut, sebagai kes bunuh pada 9 September tahun lepas. – Bernama
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here