Air mata iringi Nia Ramadhani ke penjara

0
398

SETELAH turun naik mahkamah beberapa kali, akhirnya pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani, suaminya Ardi Bakrie dan pemandu mereka terpaksa meringkuk dalam penjara setahun.

Hakim Muhammad Damis membuat keputusan tersebut pada Selasa ketika membacakan keputusan tersebut di Mahkamah Negeri, Jakarta Pusat.

“Selepas semua penilaian dilakukan, Nia Ramadhani, Ardi Bakrie dan Zen Vivanto didapati bersalah kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Ketiga-tiga mereka akan dihukum penjara selama setahun,” kata Muhammad Damis dalam penghakiman tersebut.

Sebaik sahaja dijatuhkan hukuman, Nia dilihat tidak mampu lagi menyembunyikan kesedihan dan mengalirkan air mata.

Menurut laporan media tempatan di sana, Nia kelihatan sugul dah bersedih dan tidak menjawab sebarang pertanyaan yang dilemparkan oleh pihak media yang menunggu di luar mahkamah.

Mereka juga dikawal ketat sepanjang laluan keluar sebelum meninggalkan mahkamah.

Kes dadah melibatkan mereka bertiga mencuri tumpuan apabila Nia ditangkap pada Julai tahun lalu ketika sedang khayal.

Terdahulu pemandu mereka, Zen Vivanto ditahan kerana memiliki 0.79 gram dadah jenis syabu dan mengaku bahan terlarang tersebut milik majikannya.

Ketiga-tiga mereka diarahkan menjadi proses rehabilitasi di sebuah pusat pemulihan selama setahun namun hanya menjalinnya selama lima bulan sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here