Raja Bomoh, ‘Puteri’ Zaleha di dakwa di Mahkamah Rendah Ipoh

0
417

RAJA Bomoh dan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri’ Zaleha dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak pada Jumaat atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam dan mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Kedua-dua individu berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 serta Seksyen 16 enakmen sama.

Di bawah seksyen 14, mereka yang memperseda akan amalan atau upacara yang berkaitan agama Islam adalah suatu kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Raja Bomoh dilihat hadir memakai sut hitam dan bersongkok berada di pekarangan mahkamah sekitar jam 11 pagi.

Kedua-dua mereka didakwa selepas melakukan satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here