Australia batalkan visa pemain tenis no.1 dunia Djokovic

0
269

AUSTRALIA membatalkan visa pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic, lapor Sputnik memetik Perkhidmatan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan.

“Pasukan Sempadan Australia akan terus memastikan individu yang tiba di sempadan negara mematuhi undang-undang dan syarat kemasukan. ABF mengesahkan Djokovic gagal memberikan bukti yang diperlukan untuk masuk ke Australia, dan visanya terpaksa dibatalkan,” kata ABF.

Djokovic dijadual menyertai kejohanan Terbuka Australia, pada 17 Januari di Melbourne. 

“Bukan warganegara yang tidak mempunyai visa yang sah ketika masuk atau visa mereka dibatalkan akan ditahan dan dihantar pulang. ABF mengesahkan Djokovic mempunyai akses kepada telefonnya,” kata ABF.

Juara sembilan kali Terbuka Australia itu gagal melepasi kawalan pasport semasa tiba di Australia kerana kesilapan dalam pemohonan visanya. 

Seorang ahli pasukan Djokovic yang bertanggungjawab mengumpul dokumen telah membuat kesilapan dalam pemilihan jenis visa. – Bernama
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here