Polis cekup lelaki ugut anggota penguat kuasa MPKS

0
294

POLIS menahan seorang lelaki yang melakukan provokasi ke atas anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sehingga video perbuatannya itu tular di media sosial, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Susulan kejadian itu, polis menerima satu laporan yang telah dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai anggota penguat kuasa MPKS kira-kira pukul 9.49 pagi semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Tular lelaki berang, mahu tumbuk penguat kuasa MPKS

Terdahulu, seorang lelaki bertindak mengugut dan menganggu tugas penguat kuasa MPKS akibat marah serta tidak berpuas hati dipercayai akibat disaman.

Menerusi video yang tular itu, lelaki terbabit menghampiri penguat kuasa berkenaan dan beberapa kali menyatakan ingin menumbuk muka anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here