Tukang kayu mengaku salah perdaya pelanggan, didenda RM6,000

0
294

MAHKAMAH Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan hari ini menjatuhkan hukuman denda RM6,000 terhadap seorang tukang kayu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memperdaya pelanggannya sehingga mengalami kerugian RM3,650 tahun lalu.

Muhammad Ezuwan Nordin, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti sebelum memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, tertuduh telah menipu Ramli Yunus, 32, dengan memperdayakan beliau dalam urusan pemasangan kabinet dapur di rumahnya.

Dengan itu tertuduh dengan curangnya telah mendorong beliau untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM3,650 kepada tertuduh yang mama beliau tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 19 Jun 2020 sehingga 2 Julai 2020 pikil 11.26 pagi sehingga 10.49 malam bertempat di sebuah rumah di Taman Senimas, Kuala Pilah.

Oleh demikian tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here