Banjir: Sembilan lemas di Shah Alam

0
296

JUMLAH mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam, Selangor meningkat kepada sembilan orang sehingga awal pagi hari ini.

Ketika memaklumkan perkembangan terkini itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata seramai dua mangsa dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi mangsa dijumpai semalam.

“Keseluruhan angka kematian membabitkan lemas adalah seramai sembilan orang, tiga daripadanya adalah wanita manakala baki enam adalah lelaki.

“Dua daripada tiga wanita itu adalah warga tempatan dan seorang lagi belum dapat dikenal pasti.

“Tiga daripada enam mangsa lemas lelaki belum pasti identiti, dua warga tempatan serta seorang warganegara India,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lelaki yang lemas pada Ahad lalu adalah warganegara India dan mayatnya ditemui di lampu isyarat Kemuning Utama Seksyen 33 pada 4.15 petang.

Beliau berkata, pada 8.03 minit malam hari sama, mayat seorang lelaki ditemui di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman Seksyen 22.

“Semalam, mangsa pertama ditemui pada 12.39 pagi adalah satu lelaki tidak pasti identiti dan bangsa di Pekan Sri Muda.

“Pada 5.17 pagi pula, satu mangsa perempuan tidak pasti identiti ditemui di perumahan Persiaran Budiman.

“Kemudian, pada 8 pagi, mayat satu lelaki tidak diketahui bangsa ditemui di Subtek Bencana, Seksyen 25,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here