Rosyam Nor berlakon filem Hong Kong, bawa watak jahat!

0
3466

PELAKON dan penerbit popular Datuk Rosyam Nor menarik nafas lega apabila filem Hong Kong yang disertai sebelum ini akan menemui peminat tidak lama lagi.

Menariknya filem G Storm tersebut bakal ditayangkan pada hujung bulan ini merupakan filem Hong Kong pertama yang disertainya sejak berkecimpung dalam dunia seni.

“Ini merupakan filem pertama dari Hong Kong yang saya sertai yang akan berada di pawagam 31 Disember ini,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Menariknya G Storm sudah menjalani penggambaran setahun yang lalu yang disertai ramai pelakon hebat dari sana.

Meskipun berhadapan dengan pelbagai rintangan akibat Covid-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020, Rosyam bersyukur akhirnya filem berkenaan ditayangkan juga.

Tambah Rosyam, filem kebenaran berkisahkan tentang isu rasuah yang melibatkan pelakon hebat seperti Louis Koo, Kevin Cheng, Julian Cheung dan Wu Zun.

“Filem aksi ni bercerita tentang satu pasukan pencegahan rasuah. Kalau di Malaysia macam SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

“Tapi aku jadi jahat la takkan hero pula,” kata Rosyam berseloroh.

Perkongsian yang dibuat oleh pelakon berkenaan juga mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang teruja menantikan tayangan filem berkenaan.

“Wah berlakon dengan Louis Koo tu. Terbaik Datuk, tak sabar nak tonton nanti,” tulis salah seorang peminat. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here