‘Tak mati orang Melayu di Malaysia kalau tak ada UMNO’ – Shafie Apdal

0
332

SESEBUAH negara perlu dibina oleh sistem politik yang lebih inklusif dan tidak berlandaskan hanya kepada kaum dan agama sahaja, kata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Katanya, negara ini masih lagi dibelenggu oleh isu persoalan kaum dan agama biarpun sudah mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun.

“Kita sudah lebih 60 tahun merdeka (namun) masih lagi dibangkitkan dengan persoalan kaum.

“Orang Melayu di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada UMNO, Islam di Malaysia kita tidak akan lumpuh kalau tidak ada Pas, orang Iban tidak akan mati di Malaysia kalau tidak ada DAP.

“Mana ada UMNO di Indonesia, mana ada Pas di Brunei, mana ada DAP di China? Tidak ada,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian parti Warisan peringkat nasional pada Jumaat.

Sehubungan itu, Mohd. Shafie mencadangkan agar Malaysia perlu mengadakan penstrukturan semula dengan mengubah demografi plotik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here