‘Dengan Anwar tidak senang, tetapi Najib lebih teruk’ – Dr. Mahathir

0
507

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu memerintah negara dan hanya bekerjasama dengan Presiden PKR itu untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Dr Mahathir menyentuh beberapa isu tersebut dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, yang dilancarkan pada Ahad

Ahli Parlimen Langkawi mempunyai sebab-sebab tersendiri yang membuatkan beliau tidak senang dengan Anwar, tetapi merasakan apa yang Najib sudah lakukan pada negara adalah lebih teruk.

Beliau berkata, matlamat mereka terhadap Najib seiring, dan kerjasama itu membuahkan hasil.

Dr Mahathir mengakui beliau ada berjanji akan berundur sebelum PRU seterusnya, tetapi Anwar secara tidak langsung menekan beliau untuk melepaskan jawatan lebih awal.

Beliau berkata, hanya Anwar seorang yang menekan-nekan, kerana pemimpin pembangkang lain tidak memaksa malah memberikan masa kepadanya untuk selesaikan beberapa masalah ‘rumit’.

Dr Mahathir seterusnya mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Presiden PKR itu tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya yang lalu.

Anwar, katanya, mungkin menganggap dirinya berkebolehan tetapi beliau bukanlah faktor berlakunya rampasan kuasa.

Dr Mahathir mengakui ada cakap-cakap mengenai membentuk kerajaan Melayu-Islam selepas PH menang PRU dan rampasan kuasa, tetapi menepisnya kerana merasakan ia tak akan boleh dilakukan.

Malah, beliau merasakan anggota Jemaah Menterinya, yang turut dianggotai oleh pemimpin Bersatu, bekerjasama dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here