Elyana bebas kanser selepas 11 tahun berjuang

0
482

PENYANYI Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.

Menerusi laman sosial Instagram, Elyana nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum.

Menurut Elyana, dia bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan hasil.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love you Allah,” tulis pelantun lagu Niat itu di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan warga maya meraikan berita gembira tersebut dengan doa dan kata-kata semangat.

“Allahuakbar, syukur ya Allah, i’m so happy for you adik,” tulis pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.

Pada Disember tahun 2020, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here