[VIDEO] Ebit Lew ziarah ‘abang kawasan’ di Brazil

Terkejut dengan layanan yang diterima

0
473

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew menghabiskan masanya di Sao Paulo, Brazil dengan menghantar bantuan dan menziarah kawasan-kawasan yang terdapat di sana.

Beliau bukan sahaja melawat golongan yang tidak berkemampuan, malah, apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian terbaharu Ebit Lew yang dikatakan berjumpa dengan ketua kawasan di Brazil.

“Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil,

“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal.” tulisnya pada hantaran di Instagram beliau.

Kedatangan beliau juga turut disambut dengan baik oleh penduduk di sana malah ketua kawasan tersebut juga dilihat memberi layanan yang baik kepada Ebit Lew walaupun dikatakan mempunyai keperibadian seperti mafia.

“Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. 

“Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan.” katanya.

Rata-rata orang ramai memberikan komen positif dan mendoakan supaya perjalanan Ustaz Ebit Lew dipermudahkan.

Menerusi catatan di Instagram miliknya, Ebit Lew sudah berada di Brazil sejak 1 Disember yang lalu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here