[VIDEO] Kronologi siapa yang langgar piagam MN

0
436

MUAFAKAT Nasional (MN) merupakan sebuah gagasan kerjasama Pas dan UMNO. Gagasan ini telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu-Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.

Ogos 2020 – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mempengerusikan mesyuarat yang membuat keputusan menjemput BERSATU menyertai MN.

13 Ogos 2020 – Satu surat jemputan kepada BERSATU telah ditandatangani oleh Presiden Pas dan Presiden UMNO.

18 Ogos 2020 – Dipersetujui BERSATU pada 18 Ogos.

Mac 2021 – UMNO memutuskan dalam Perhimpunan Agung untuk tolak penyatuan ummah dan tidak mahu kerjasama.

6 November 2021 – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan MN sudah berkubur walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.

25 November 2021 – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang  dengan tegas menyatakan pihaknya menolak gagasan MN yang terbelenggu dengan pembabitan hanya UMNO dan partinya.

4 Disember 2021 – Abdul Hadi Awang berkata, tindakan UMNO melanggar Piagam MN menjadi punca Pas menolak untuk bersama gabungan itu.

5 Disember 2021 – Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan Tok Mat agar tidak lupa bahawa beliau yang mempengerusikan mesyuarat yang membuat keputusan menjemput BERSATU menyertai MN pada Ogos tahun lalu.

Wan Saiful membidas kenyataan Tok Mat bahawa cubaan untuk memaksa UMNO menerima BERSATU dalam Muafakat Nasional adalah bertentangan dengan semangat gagasan itu ditubuhkan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here