Keahlian Ali Biju boleh terhenti serta merta – Wan Saiful

0
276

AHLI Bersatu yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berdepan tindakan disiplin yang tegas termasuk keahlian boleh terhenti serta merta.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dalam satu hantaran di Facebook hari ini, berkata ia termaktub dalam perlembagaan parti berkenaan.

Kenyataan itu menyusul selepas Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Peraturan yang sama terpakai di Sarawak dan parti akan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan perkara ini,” katanya.

Wan Saiful berkata, Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini membuat pengumuman rasmi bahawa parti berkenaan dan PN tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak, sebaliknya akan membantu memastikan kemenangan GPS.

Berikutan itu, katanya, semua ahli BERSATU diharap sama-sama berganding bahu memastikan kemenangan besar buat GPS dalam PRN Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here