Dakwaan Najib fitnah semata-mata – Wan Saiful

0
368

DAKWAAN Datuk Seri Najib Razak kononnya Bersatu mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah fitnah semata-mata.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun berkata, beliau tidak terkejut tuduhan tersebut datang daripada Najib kerana bekas Perdana Menteri keenam itu berpengalaman menjatuhkan Perdana Menteri sebelum ini.

“Najib kata Bersatu susun propaganda untuk jatuhkan PM. Saya nafikan. Ini fitnah.

“Tidak pelik fitnah itu datang dari Najib. Itulah kata-kata orang berpengalaman bersama rakan-rakannya yang pernah jatuhkan Perdana Menteri. Dia ingat semua orang perangai macam dia?,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya.

Wan Saiful seterusnya meminta Najib supaya tidak perlu menuding jari menyalahkan orang lain, sebaliknya mencadangkan penyelesaian yang wajar.

“Hakikatnya isu barang naik ini sudah menjadi bualan dan keresahan serius seluruh masyarakat,” katanya.

“Atau sebenarnya cuba mengalih perhatian sebab 8 Disember dah dekat?” soalnya yang merujuk kepada keputusan rayuan Najib terhadap hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. yang akan ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here